Pages

Khamis, 25 Ogos 2011

Salam Syawal untuk semua

Assalamualaikum semua..

Alhamdulilah, syukur kita dapat bertemu lagi. Sekarang kita sudah pun masuk hari yang ke 26 Ramadan. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan masuk ke bulan September bersamaan bulan syawal. Mesti ramai yang tidak sabar untuk menanti bulan kemenangan ini terutama anak-anak kecil. Ibu bapa juga turut sibuk menyediakan kelengkapan bagi memeriahkan hari raya tahun ini. Tidak lupa juga warga kampung yang sekarang ni sedang giat mencari buluh untuk di buat lemang dan daun kelapa muda untuk mengayam ketupat. Pasti meriah dengan adanya pelita dan panjut serta bunga api yang berwarna warni.

Tak sabar rasanya untuk pulang ke kampung saya di Kuala Kangsar. Rindunya masakan bonda terutama ikan perciknya. Amat sedap sekali bila dimakan beramai-ramai. Rindu juga pada anak sedara yang nakal, Lokman dan Amina. Mungkin sudah besar mereka berdua dan bertambah comel. Namun terasa sedih juga kerana salah seorang dari adik saya tidak dapat beraya bersama kerana kekangan kerja di perbatasan. Harap bonda dan ayahanda tidak sedih kerana ketiadaan wan pada raya tahun ini. Malam tujuh likur nanti mesti kami sekeluarga sibuk memasang pelita di sekeliling rumah, lampu kelip-kelip dan lain-lain. Semoga syawal kali ini memberi seribu kemanisan pada kami semua dan keberkatan. Amin...

Di sini, saya dan keluarga tercinta ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat. Bersederhanalah kita dalam menyambut syawal ini.