Pages

Selasa, 28 September 2010

Ketahui Rahsia Menjana Pendapatan Lumayan Dengan Topup Easyreload!!!

Tahukan anda kini pengguna lebih gemar menggunakan telefon bimbit untuk memudahkan urusan setiap hari. Tahukan anda berapa ramai pengguna telefon bimbit sekarang ini??

Cuba anda bayangkan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah golongan dewasa, mereka ini menggunakan telefon bimbit. Anda sering tambah nilai (topup) no anda di kedai, tahukah anda apa yang anda rugi sebenarnya?

1. Anda rugi tenaga untuk mendapatkan topup kerana anda perlu pergi ke kedai.
2. Waktu topup di kedai adalah terhad.
3. Anda tidak mendapat sebarang keuntungan apabila anda topup.

Cuba anda bayangkan jika anda boleh topup sendiri dan apakah kelebihan jika anda menyertai mytopup2u.com sebagai agen topup easyreload?

Lihat apa kelebihan di website yang disediakan melalui link di bawah
http://www.mytopup2u.com/index.php?ref=ultra2125

Anda tidak akan rugi kerana pelbagai faedah yang sebelum ini anda tidak rasa apabila topup, hari ini anda akan rasa apabila menjadi agen topup easyreload.

Pendaftaran adalah mengikut pakej seperti di bawah:

Sub Retail [ RM20 ]
Agen Retail [ RM30 ]
Agen Biasa [ RM50 ]
Master Agen [ RM150 ]
Master Dealer [ RM280 ]
Mini Server [ RM590 ]

Lihat kelebihan setiap pakej di bahagian pakej pendaftaran melalui link di bawah
http://www.mytopup2u.com/index.php?ref=ultra2125

Semoga anda dapat memahami segala maklumat sebelum anda menyertai. Amat mudah untuk anda faham dan menjalankan perniagaan topup easyreload.

Daftar Sekarang sebelum Terlambat
http://www.mytopup2u.com/index.php?ref=ultra2125

Selasa, 21 September 2010

Salam Ei'dulFitri buat semua

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Ei'dulFitri Maaf Zahir & Batin. Marilah kita bermaaf-maafan di hari yang mulia ini dengan mengunjungi sanak saudara dan taulan juga meraikan dengan penuh kesederhanaan..Salam Syawal buat semua yang mengunjungi blog saya ini..Terima kasih.

Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA!!

Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh
MERDEKA! MERDEKA!
Tetaplah MERDEKA
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang MERDEKA

Mari kita seluruh warna negara
Ramai-ramai menyambut hari MERDEKA
MERDEKA!
31 bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negara ku MERDEKA..

Syukur alhamdulilah,semalam selamatlah sudah Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-53. Semalam juga bermulanya 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan yang dinanti-nanti,ditunggu-tunggu oleh umat islam di seluruh dunia iaitu Malam LailatulQadar. Malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Kerana mulianya LailatulQadar, Rasulullah menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah. Sungguh indahnya malam itu,semoga dengan keberkatan amalan-amalan yang kita lakukan ini dapatlah kita merasai kenikmatan malam itu,insyallah.

Rabu, 25 Ogos 2010

Nuzul al-Quran

17 Ramadhan 1431H bersamaan 27 Ogos 2010, Jumaat adalah jatuhnya hari Nuzul al-Quran di seluruh dunia. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara mazaj atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuaannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran. Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah,sama ada kata nama,kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh,

" Dia yang telah.....menurunkan hujan" (al-Baqaarah: 22)
" Dialah....yang menurunkan Taurat dan Injil " (Ali Imran : 3)

dan banyak lagi ayat-ayat lain.
Antara kisah bagaimana caranya al-Quran diturunkan, Aishah isteri Rasulullah s.a.w meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, baginda bermimpi perkara yang benar lalu baginda menyendiri di Gua Hira' beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama. Pernah seorang sahabat Rasulullah, Harith bin Hisham bertanya kepada baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab,

"Kadang-kadang wahyu datng kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan Malaikat kepada-Ku menyerupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya pada-Ku"

Oleh itu marilah kita sama-sama menghayati Nuzul al-Quran ini sebagai satu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah serta menjadikan al-Quran itu sebagai panduan hidup, panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.Insyallah...

Ahad, 22 Ogos 2010

Salam Ramadhan


Assalamualaikum..

Syukur alhamdulilah ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia rezkinya dan umur yang panjang (insyallah) dapat juga akhirnya saya memulakan semula segala aktiviti dalam blog ini.Setelah sekian lama tidak mewujudkan suasana serta aktiviti dalam blog ini,kini tibalah dikesempatan ini saya memulakannya kembali..alhamdulilah


Sebelum terlambat,izinkan saya mengucapkan Salam Ramadhan dan semoga ramadhan ini memberi kita kekuatan dan peluang untuk mendekatkan diri pada-NYA..AMIN