Pages

Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA!!

Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh
MERDEKA! MERDEKA!
Tetaplah MERDEKA
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang MERDEKA

Mari kita seluruh warna negara
Ramai-ramai menyambut hari MERDEKA
MERDEKA!
31 bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negara ku MERDEKA..

Syukur alhamdulilah,semalam selamatlah sudah Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-53. Semalam juga bermulanya 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan yang dinanti-nanti,ditunggu-tunggu oleh umat islam di seluruh dunia iaitu Malam LailatulQadar. Malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Kerana mulianya LailatulQadar, Rasulullah menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah. Sungguh indahnya malam itu,semoga dengan keberkatan amalan-amalan yang kita lakukan ini dapatlah kita merasai kenikmatan malam itu,insyallah.

Tiada ulasan: