Pages

Rabu, 25 Ogos 2010

Nuzul al-Quran

17 Ramadhan 1431H bersamaan 27 Ogos 2010, Jumaat adalah jatuhnya hari Nuzul al-Quran di seluruh dunia. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara mazaj atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuaannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran. Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah,sama ada kata nama,kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh,

" Dia yang telah.....menurunkan hujan" (al-Baqaarah: 22)
" Dialah....yang menurunkan Taurat dan Injil " (Ali Imran : 3)

dan banyak lagi ayat-ayat lain.
Antara kisah bagaimana caranya al-Quran diturunkan, Aishah isteri Rasulullah s.a.w meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, baginda bermimpi perkara yang benar lalu baginda menyendiri di Gua Hira' beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama. Pernah seorang sahabat Rasulullah, Harith bin Hisham bertanya kepada baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab,

"Kadang-kadang wahyu datng kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan Malaikat kepada-Ku menyerupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya pada-Ku"

Oleh itu marilah kita sama-sama menghayati Nuzul al-Quran ini sebagai satu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah serta menjadikan al-Quran itu sebagai panduan hidup, panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.Insyallah...

Tiada ulasan: