Pages

Ahad, 31 Julai 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulilah, kita telah pun masuk ke dalam bulan yang penuh keberkatan dan keampunan iaitu Ramadhan. 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H untuk permulaan bulan Ogos dan Ramadhan kita berpuasa. Semoga dengan Ramadhan kali ini dapat kita sama-sama memperbanyakkan amalan kita. Bertadarus, qiamualai, bersedekah dan lain-lain. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam yang mengambutnya. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini kita dapat beramal dan membuat kebajikan dengannya..Insyallah

Sabtu, 30 Julai 2011

Sebelum Ramadhan..

Assalamualaikum..

Malam ini insyallah, umat islam akan menunaikan ibadah sunat di bulan Ramadhan iaitu solat Tarawih. Insyallah, dalam bulan ramadhan ini saya mendoakan semoga saya diberikan kesihatan yang baik dan tubuh yang sihat untuk menjalani ibadah berpuasa ini..AMIN..
Sebelum itu, dua hari yang tinggal ini saya telah pergi jalan-jalan cari makan. Semuanya kebetulan, tp alhamdulilah dapat mencuba makanan yang digemari sebelum tiba bulan puasa. Sabtu semalam, lepas mengajar kanak-kanak mewarna dan melukis saya telah pergi ke Giant untuk baiki seluar. Kebetulan, selepas makan tomyam di Secret Resepi saya terjumpa askrim yogurt. Nampak mcm sedap tp bukan fruti tutti tetapi kiwi berry. Francias dari italy kata penjual tersebut. Untuk pertama kali merasa memang sedap, seakan-akan minuman yougrt bliss. Jadi saya ambil dua perisa askrim iaitu mangga dan rasberry. Sedap kan gambar dibawah ni..


Ahad pulak makan nasi kandar kat Batu 3. Bolehlah sebab tak berapa minat makan nasi kandar/mamak. So inilah lauk yang saya ambik dengan kawan. Nampak sedap tapi cuba baru tahu sedap ke tidak.


Inilah bingkisan cerita untuk dua hari sebelum puasa. Esok lusa kita bercerita lagi semasa berpuasa dan menjalani ibadahnya. Ahlan Ya Ramadhan...!

Khamis, 28 Julai 2011

Tiada rezeki kita...

Assalamualaikum..

Akhirnya Harimau Malaya seri dengan Singapura. Tapi saya bangga dengan kekuatan dan keyakinan pemain-pemain kita. Walaupun tidak dapat melayakkan diri dalam perlawanan Piala Dunia 2014, namun semangat berjuang yang kental di antara pemain harus dipuji. Syabas wira Malaya, walaupun seri namun semangat itu tidak luntur. Cuma banyak babak dramatik yang dipamerkan oleh pasukan lawan. Babak-babak yang melambatkan masa dan melunturkan semangat pemain-pemain Malaysia. Tapi saya bangga dengan penjaga gol Malaysia, "apek". Betul-betul hebat walaupun lawan di depan mata. Alhamdulilah, bola dapat diselamatkan. Itulah babak yang paling mencemaskan disaksikan semalam. Syabar buat Safie Sali kerana rembatan yang kencang menggegarkan gawang gol pihak lawan. Mungkin tiada rezeki kita lagi namun kita boleh berjaya sekiranya strategi dan pengawasan bola oleh pemain-pemain kita diperkemaskan lagi. Kepada penyokong-pengokong setia harimau malaya teruskan menyokong. Majulah sukan untuk negara...jane

Malaysia VS Singapore

Assalamualaikum..

Demam bola sudah pun bermula. Kaunter-kaunter tiket bola habis dijual di seluruh tempat semalam tetapi pagi ini dikhabarkan pihak FAM telah mengeluarkan sebanyak 1000 tiket lagi. Banyak yang mengadu tidak dapat beli tiket, malah ada yang sanggup bayar harga yang tinggi semata-mata untuk satu tiket. Ini lah yang dinamakan demam bola. Saya pun tidak terkecuali dalam mencari peluang untuk mendapatkan sekeping tiket. Syukur alhamdulilah, pagi ini saya dapat tiket yang ditempah oleh kawan saya. Ini pertama kali saya memegang tiket masuk untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bertaraf dunia. Selama ni saya hanya menonton di televisyen saja, sorak dari luar televisyen hingga hilang suara esoknya. Tapi itulah pengalaman, jika di stadium pasti suasananya jauh berbeza. Harap perlawanan kali ini dapat memihak kepada pasukan harimau malaya kita. Semoga usaha dan kesungguhan yang kuat dapat membuahkan hasil..insyallah, AMIN

Rabu, 27 Julai 2011

Sebelum Ramadhan..

Assalamualaikum..

Tak sampai seminggu kita bakal memasuki bulan islam yang ditunggu-tunggu iaitu Ramadhan. Ini lah bulan yang indah kerana mempunyai satu malam yang ditunggu-tunggu oleh umatNYA yang sentiasa bersujud kepada NYA, bulan untuk mencuci dosa, bulan yang penuh keberkatan dan kenikmatan. Oleh itu, sebelum bulan Syaaban melabuhkan tirainya marilah kita sama-sama bersedia akan bulan ini, Ramadhan.

Sebelumnya tiba Ramadhan ini, alhamdulilah saya dan kawan-kawan sekerja dapat membuat sedikit doa selamat di pejabat. Majlis ini bukanlah sebesar mana, hanya di hadiri oleh rakan-rakan sekerja sahaja. Juadah semua adalah hasil daripada ukhwah antara kami, masing-masing membawa masakan masing-masing untuk dinikmati bersama. Seronok juga bila sekali sekala dapat berkumpul beramai-ramai setelah penat bekerja. Majlis doa selamat ini juga diadakan untuk menyambut kelahiran salah seorang Ustad yang hari lahirnya adalah semalam (26 Julai 2011). Selamat Hari Lahir PM Ustad Mohd Nor Mamat. Semoga panjang umur dan murah rezeki.Amin...Di sini saya lampirkan foto-foto juadah yang sempat di rakamkan.

Pavlova yang di buat oleh cikyu...sangat sedap

Juadah yang dibawa oleh kawan-kawan yang baik hati

Puding roti yang saya buat :D

Birthday 'uncle'..hehehe

Tidak lupa juga dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Dr. Posiah Mohd Isa(PM) yang jatuh pada hari ini. Beliau adalah bos, sahabat dan kakak yang amat-amat saya sayangi. Jasanya amat banyak pada saya serta keluarga saya. Terima kasih dr, semoga dr bahagia selalu..Ini adalah kek yang dibeli oleh kak sharifah 3hari sebelum hari lahirnya kerana beliau mengikuti kursus selama seminggu di Malaysia sebelum pulang ke WDC. Cantikkan, ini adalah kek Velvet berkacang. Sedap sangat...

Sampai di sini sahaja untuk kali ini, nanti kita bertemu lagi..semoga kita bersedia dengan bulan Ramadhan yang indah lagi berkat itu...AMIN

Sabtu, 23 Julai 2011

Percutian yang tidak dijangka..

Assalamualaikum semua..

Kali ni percutian yang tidak dijangka iaitu ke Cameron Highland Pahang. Ini bukanlah percutian sebenarnya tetapi adalah rombongan pertunangan sepupu di sana. Oleh kerana bulan ramadhan bakal menjelang tiba, maka tarikh 16 Julai 2011 menjadi tarikh pertunangan buat Amar dan tunangnya di Pahang. Amar adalah sepupu saya,kakak bonda saya yang mana maknya saya memanggil makteh. Jadi pada awal pagi 16 Julai 2011 bersamaan hari sabtu saya bersama2 bonda, adik-adik dan makcik telah ke Cameron Highland mengikut laluan Simpang Pulai. Sudah agak lama tidak ke rumah makteh, jadi agak kekok untuk membawa WSC yang pertama kali juga menaiki bukit-bukit tinggi sebelum sampai ke puncak. Alhamdulilah, keadaan terkawal pagi itu walaupun yang perginya semuanya wanita. Sebenarnya sudah agak lama saya tidak ke rumah makteh. Dewasa ini baru saya dapat mengunjungi rumahnya, namun syukur alhamdulilah kerana di pertemuaan itu dapatlah saya merasai kesegaran alam semulajadi ciptaan-NYA yang sungguh indah itu.

Di pendekkan cerita majlis pertunangan selesai kira-kira jam 2 petang. Sekali lagi perjalanan yang tidak dirancang, di majlis tersebut paktam telah menjemput semua ahli rombongan ke rumahnya di Jengka 20, Pahang. Paktam adalah abang kepada bonda saya. Jadi kami meneruskan perjalanan dalam 30 minit ke sana. Amat seronok perjumpaan di rumah paktam, usikan dan gurauan menjadi rencah perpaduan di antara kami. Maktam juga sempat menyediakan kami juadah masakan Pahang, iaitu masak lemak ikan patin. Masing2 berselera dan kami bertolak dari Jengka jam 6 petang menuju ke Cameron Highlang mengikut laluan alternatif (saya tidak pasti apa nama jalannya). Alhamdulilah jam 11 malam kami tiba di rumah makteh di Puncak Arubella (jika tak silap ejaannya) Cameron yang di pandu oleh pakteh kerana saya sudah kepenatan seharian memandu..huhuhu. Sejuknya malam di cameron. Terasa kenangan menggamit kembali saat-saat saya berada di Bukit Tinggi, Indonesia. Agak sama anginnya cuma keadaaannya yang berbeza.
Seawal pagi ahad itu kami sudah mula berjalan-jalan di sekitar Brinchang. Makteh membawa kami ke kedai jual sayur-sayuran yang segar. Cuaca pagi itu amat sejuk, jadi masing-masing bersedia dengan memakai pakaian tebal. Banyak juga bonda membeli sayur-sayuran untuk dibawa pulang ke rumah. Adik-adik membeli keychain untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan di sekolah dan saya hanya membeli buat limau. Sebab buah limau di sana sgt manis dan sedap.

Selepas selesai membeli, kami menuju ke nursery. Ini adalah atas permintaan bonda dan makcik. Mereka memang suka menanam pokok bunga dan bila berkunjung ke sini tidak sah jika tidak pergi. Jadi saya menurut perintah sahaja... :) asalkan semuanya gembira

Gambar kenangan bonda dan kakak-kakaknya di Cameron Highland. Peace no war from shira..
* Kualiti gambar dari 'handphone'

Rabu, 6 Julai 2011

Padang-Bukit Tinggi part 2

Assalamualaukum semua..

Kali ni saya lampirkan antara panorama-panorama yang sempat saya tangkap untuk di bawa pulang ke Malaysia sebagai kenang-kenangan. Semoga dapat menggembirakan anda yang membaca serta menjadi sumber rujukan untuk yang bakal pergi ke sana.

Mutabak Mesir : isinya daging bersama rempah-rempah dan sayuran.

Juadah makan tengahari di hari pertama tiba.

Kek/Kuih Neraka : sedap, mesti mencubanya bila berkunjung ke Bukit Tinggi.

Laluan menuju ke Bukit Tinggi, penuh berliku-liku.

Banyak lagi yang saya ingin lampirkan tetapi masa tidak mengizinkan. Insyallah saya akan lampirkan di kemudian hari..

Selasa, 5 Julai 2011

Padang-Bukit Tinggi, Indonesia

Assalamualaikum..

Dah lama saya tidak bercerita akan yang berlaku dalam tahun ini. Alhamdulilah, pada bulan Jun yang lepas saya serta lima orang kawan-kawan yang lain telah diberi kesempatan untuk melawat dan merasai suasana budaya negara jiran kita iaitu Indonesia. Banyak kenangan dan keindahan yang tercipta di sana atas keizinan Allah s.w.t. Syukur di atas peluang yang diberikan oleh yang Maha Esa ini untuk menikmati alam ciptaanNYA yang tiada bandingan.

Selama 4 hari 3 malam kami berkampung di salah sebuah hotel di Bukit Tinggi, Indonesia. Apa yang saya kagumi mereka masih lagi mengekalkan ciri-ciri dan cara-cara tradisional dalam apa-apa aktiviti baik dari segi bertani,menjual,bekerja dll. Saya amat seronok apabila melihat permandangan yang menghijau di waktu pagi dengan kuningnya padi di atas batas-batas yang bertingkat-tingkat.Amat memukau pandangan mata yang memandang.Ingin saya kongsikan bersama keindahan-keindahan yang memukau ini...insyallah

Semasa tiba di lapangan terbang, Indonesia

Perjalanan menuju ke Bukit Tinggi dari Padang, Indonesia

Salah satu masjid di Padang

Kesan gempa bumi di salah satu bangunan di Padang

Sampai di sini sahaja untuk kali ini, lain masa saya sambung lagi...salam