Pages

Jumaat, 23 September 2011

Sua Raya 2011...UiTM

Assalamualaikum...

Baru beberapa jam tadi saya dan rakan-rakan pejabat menghadiri rumah terbuka UiTM yang bertempat di Padang Kawad, UiTM. Memang ramai staf dan juga pelajar menghadiri majlis tersebut. Acara bermula seawal pukul 3 petang selepas semua umat Islam menunaikan solat Jumaat. Bermacam-macam juadah disajikan mengikut tema dan negeri kerana rumah terbuka ini disambut dalam suasana kemerdekaan. Maka masih lagi mengekalkan semangat " Merdeka Raya". Sedikit kenangan yang sempat dirakamkan semasa jamuan tadi..

Ahad, 18 September 2011

My Brother My Hero

Assalamualaikum..

Tahniah diucapkan kepada adik saya, Wan yang telah pun tamat latihan polis selama lapan bulan sejak Januari 2011 sebagai seorang konstabel. Syukur alhamdulilah di atas rezeki yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t yang tidak terhingga ini. Semalam bermulalah episod baru sebagai seorang konstabel di Masai, Johor. Kami sekeluarga mendoakan agar beliau amanah dan bertanggungjawab serta jujur walau di mana pun beliau berada. Semoga beliau selamat di dunia dan di akhirat..AMIN

Gambar kenangan tamat latihan Wan di Pulapol, Jalan Semarak


Gambar kenangan di pagi Sabtu bersamaan 17 September 2011, ayahanda dan angah menghantar Wan untuk melaporkan diri sebelum dihantar ke Masai, Johor...Good Luck Wan!!

Sabtu, 17 September 2011

Beraya bersama keluarga besar i-Learn

Assalamualaikum...salam syawal

Rumah terbuka sana sini..itulah yang akan dilalui setiap kali syawal menjelma tiba. Dengan kemeriahan ini dapat menguatkan lagi silaturahim antara kawan-kawan serumah, rakan-rakan sekerja dan keluarga. Di syawal tahun ini, saya dan rakan-rakan sekerja masih lagi mengekalkan tradisi mengunjungi rumah-rumah rakan sekerja. Cuma kali ini hanya empat buah rumah sahaja yang sempat saya dan rakan-rakan lawati.

Bermula seawal jam 10.30 pagi, rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah Puan Masliana. Dihidangkan olehnya bihun goreng dan juga popia, amat menyelerakan. Semua keluarga i-Learn berkumpul di sana. Seterusnya kami memulakan perjalanan kami ke Sejangkang. Rumah kedua yang ditujui ialah rumah Puan Sapura. Kebetulan beliau baru habis berpantang, jadi kami menziarahinya dan beraya sekali. Oleh kerana hari yang dipilih untuk beraya hari jumaat maka kami bersolat jumaat di Sejangkang sahaja. Di rumah Puan Sapura kami dijamukan dengan dua jenis mee iaitu mee kari dan mee hailam. Ditambah pula dengan nasi impit dan rendang ayam. Amat menyelerakan malah bertambah kami makan. Setelah selesai solat jumaat, kami bersiap-siap untuk ke rumah seterusnya iaitu rumah Jijal. Rumah Jijal dan rumah Puan Sapura tidaklah berapa jauh. Rumah mereka dijarakkan dengan lorong sebelah menyebelah sahaja. Maka tidaklah jauh untuk kami ke umah Jijal.

Sesampai kami di rumah Jijal, kami disambut oleh keluarganya. Mereka sudah pun menyediakan juadah untuk kami. Antara menu utama yang disediakan oleh keluarga Jijal adalah mee jawa dan pecal. Sungguh menyelerakan makanan yang dihidangkan. Ini antara gambar yang sempat dirakamkan di rumah Jijal.

Seterusnya kami menyusul pula ke rumah yang terakhir iaitu rumah Jali. Rumah jali terletak di Batu Belah, Klang. Jadi kami terpaksa patah balik ke Klang dan memasuki jalan menuju ke Batu Belah. Keadaan kereta di jalan raya semakin padat. Mungkin ramai yang menghadiri rumah terbuka seperti kami. Alhamdulilah, dalam pukul 4 petang lebih kami tiba di rumah Jali. Cuaca pada masa itu hujan renyai-renyai dan sedikit demi sedikit semakin lebat. Namun semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk beraya bersama sahabat handal. Di rumah Jali menu utama adalah nasi ayam dan bihun sup. Memang membuka selera kami sekali lagi untuk menikmatinya. Ini antara gambar yang sempat di rakamkan.

Syukur alhamdulilah akhirnya perancangan yang di bincangkan di saat-saat akhir menjadi nyata dan masing-masing tidak menghampakan malah memberikan komitmen yang baik antara satu sama lain. Semoga ukhwah seperti ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kami semua..insyallah,AMIN.