Pages

Sabtu, 23 Julai 2011

Percutian yang tidak dijangka..

Assalamualaikum semua..

Kali ni percutian yang tidak dijangka iaitu ke Cameron Highland Pahang. Ini bukanlah percutian sebenarnya tetapi adalah rombongan pertunangan sepupu di sana. Oleh kerana bulan ramadhan bakal menjelang tiba, maka tarikh 16 Julai 2011 menjadi tarikh pertunangan buat Amar dan tunangnya di Pahang. Amar adalah sepupu saya,kakak bonda saya yang mana maknya saya memanggil makteh. Jadi pada awal pagi 16 Julai 2011 bersamaan hari sabtu saya bersama2 bonda, adik-adik dan makcik telah ke Cameron Highland mengikut laluan Simpang Pulai. Sudah agak lama tidak ke rumah makteh, jadi agak kekok untuk membawa WSC yang pertama kali juga menaiki bukit-bukit tinggi sebelum sampai ke puncak. Alhamdulilah, keadaan terkawal pagi itu walaupun yang perginya semuanya wanita. Sebenarnya sudah agak lama saya tidak ke rumah makteh. Dewasa ini baru saya dapat mengunjungi rumahnya, namun syukur alhamdulilah kerana di pertemuaan itu dapatlah saya merasai kesegaran alam semulajadi ciptaan-NYA yang sungguh indah itu.

Di pendekkan cerita majlis pertunangan selesai kira-kira jam 2 petang. Sekali lagi perjalanan yang tidak dirancang, di majlis tersebut paktam telah menjemput semua ahli rombongan ke rumahnya di Jengka 20, Pahang. Paktam adalah abang kepada bonda saya. Jadi kami meneruskan perjalanan dalam 30 minit ke sana. Amat seronok perjumpaan di rumah paktam, usikan dan gurauan menjadi rencah perpaduan di antara kami. Maktam juga sempat menyediakan kami juadah masakan Pahang, iaitu masak lemak ikan patin. Masing2 berselera dan kami bertolak dari Jengka jam 6 petang menuju ke Cameron Highlang mengikut laluan alternatif (saya tidak pasti apa nama jalannya). Alhamdulilah jam 11 malam kami tiba di rumah makteh di Puncak Arubella (jika tak silap ejaannya) Cameron yang di pandu oleh pakteh kerana saya sudah kepenatan seharian memandu..huhuhu. Sejuknya malam di cameron. Terasa kenangan menggamit kembali saat-saat saya berada di Bukit Tinggi, Indonesia. Agak sama anginnya cuma keadaaannya yang berbeza.
Seawal pagi ahad itu kami sudah mula berjalan-jalan di sekitar Brinchang. Makteh membawa kami ke kedai jual sayur-sayuran yang segar. Cuaca pagi itu amat sejuk, jadi masing-masing bersedia dengan memakai pakaian tebal. Banyak juga bonda membeli sayur-sayuran untuk dibawa pulang ke rumah. Adik-adik membeli keychain untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan di sekolah dan saya hanya membeli buat limau. Sebab buah limau di sana sgt manis dan sedap.

Selepas selesai membeli, kami menuju ke nursery. Ini adalah atas permintaan bonda dan makcik. Mereka memang suka menanam pokok bunga dan bila berkunjung ke sini tidak sah jika tidak pergi. Jadi saya menurut perintah sahaja... :) asalkan semuanya gembira

Gambar kenangan bonda dan kakak-kakaknya di Cameron Highland. Peace no war from shira..
* Kualiti gambar dari 'handphone'

1 ulasan:

kamen berkata...

bestnya leh jalan²..ada rezeki nak p gak la cameron, hehe