Pages

Rabu, 23 Mei 2012

Lamanya saya menyepi...

Assalamualaikum semua...

Ya Allah, lamanya saya menyepi dalam kehidupan saya seharian selama ni.Dah masuk tahun 2012,bulan Mei.Memang lama sangat tak update blog.Maklumlah awal tahun 2012 saya sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan. Dan alhamdulilah, saya dah menjadi isteri kepada seseorang. Syukur alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..AMIN

Ok, sekarang ni dah hidup berdua. Balik keje kena masak. Nasib saya suka masak. Cuma kena rehat dlm 5 minit, sebab rumah saya tinggi, tingkat 4 tau. Tapi tak mematahkan semangat saya untuk memasak buat suami tersayang. Nasib suami tak banyak komen hal makan. Dia lagi suka makan masakan saya, terima kasih...Itulah serba sedikit kehidupan selepas berkahwin ni. Mungkin tahun depan bakal ada cahaya mata, ketika tu masa sangatlah penting buat kami berdua. Semoga saya dapat hadapi kenyataan hidup ini dengan lebih baik dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t..AMIN

Baru-baru ni saya dan keluarga telah menghadiri kenduri sepupu belah bonda kat Cameron Highland, Pahang. Sambil menyelam minum air orang kata. Jadi semua adik beradik berkumpul di sana cuma adik di Johor je tak dapat pulang sebab tak ada cuti dan adik lelaki sebab ada latihan kawad. Memang percutian yang tidak dijangka dan dirancang pun. Kebetulan tempat penginapan kami plak dikelilingi kawasan ladang strawberi. Memang bangun pagi baunya segar sangat hadir dari ladang strawberi masuk ke bilik kami. Sebelum kami ke rumah mak sedara, sempat lagi kami singgah dulu di kedai-kedai strawberi sambil nikmati aiskrim dan buah strawberi segar. jom layan..




Selepas menikmati strawberi segar, kami pun bergerak ke rumah mak teh (mak sedara). Ambik masa dalam 5 minit jer dari tempat kami penginap. Sesampai jer kami di sana, semua saudara mara sudah pun bersedia untuk menyambut pengantin baru. Sambil tunggu pengantin, sempatlah bergambar kenangan dengan sedara jauh mahupun dekat. Cuaca di sana saat tu mendung dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tetapi sejuk dan nyaman. Semua yang hadir kelihatan gembira..





Tunggu dalam 1jam, pengantin pun tiba. Comel kedua-dua mempelai, yang si lelaki sepupu kami. Isterinya juga orang pahang tapi daerah lain.




Bonda dengan sepupunya sempat posing. Bukan main lagi, macam kumpulan kugiran pulak, hehehe..



Malamnya kami singgah ke Pasar Malam Brinchang. Memang ramai betul umat manusia yang turun ke pasar malam. Walaupun baru lepas hujan tetapi tidak mematahkan semangat kami juga untuk turut serta membeli belah sebab keesokkannya kami akan berangkat pulang. Banyak jugalah yang dibeli oleh kami, tapi malam tu sempat kami buat steambot..lama mengidam katakan..jom layan..





Cukuplah coretan saya buat masa ni. Insyallah, akan datang saya akan coretkan lagi. Kepada yang berpuasa sunat bulan Rejab, saya ucapkan selamat berpuasa. Tinggal 2 bulan je lagi kita akan sambut Ramadhan. Tak sabar saya menunggu bulan itu, semoga saya diberi kesihatan yang baik untuk hadapi puasa dalam tahun ini.Amin..Jumpa lagi..

Tiada ulasan: