Pages

Jumaat, 23 September 2011

Sua Raya 2011...UiTM

Assalamualaikum...

Baru beberapa jam tadi saya dan rakan-rakan pejabat menghadiri rumah terbuka UiTM yang bertempat di Padang Kawad, UiTM. Memang ramai staf dan juga pelajar menghadiri majlis tersebut. Acara bermula seawal pukul 3 petang selepas semua umat Islam menunaikan solat Jumaat. Bermacam-macam juadah disajikan mengikut tema dan negeri kerana rumah terbuka ini disambut dalam suasana kemerdekaan. Maka masih lagi mengekalkan semangat " Merdeka Raya". Sedikit kenangan yang sempat dirakamkan semasa jamuan tadi..

Ahad, 18 September 2011

My Brother My Hero

Assalamualaikum..

Tahniah diucapkan kepada adik saya, Wan yang telah pun tamat latihan polis selama lapan bulan sejak Januari 2011 sebagai seorang konstabel. Syukur alhamdulilah di atas rezeki yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t yang tidak terhingga ini. Semalam bermulalah episod baru sebagai seorang konstabel di Masai, Johor. Kami sekeluarga mendoakan agar beliau amanah dan bertanggungjawab serta jujur walau di mana pun beliau berada. Semoga beliau selamat di dunia dan di akhirat..AMIN

Gambar kenangan tamat latihan Wan di Pulapol, Jalan Semarak


Gambar kenangan di pagi Sabtu bersamaan 17 September 2011, ayahanda dan angah menghantar Wan untuk melaporkan diri sebelum dihantar ke Masai, Johor...Good Luck Wan!!

Sabtu, 17 September 2011

Beraya bersama keluarga besar i-Learn

Assalamualaikum...salam syawal

Rumah terbuka sana sini..itulah yang akan dilalui setiap kali syawal menjelma tiba. Dengan kemeriahan ini dapat menguatkan lagi silaturahim antara kawan-kawan serumah, rakan-rakan sekerja dan keluarga. Di syawal tahun ini, saya dan rakan-rakan sekerja masih lagi mengekalkan tradisi mengunjungi rumah-rumah rakan sekerja. Cuma kali ini hanya empat buah rumah sahaja yang sempat saya dan rakan-rakan lawati.

Bermula seawal jam 10.30 pagi, rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah Puan Masliana. Dihidangkan olehnya bihun goreng dan juga popia, amat menyelerakan. Semua keluarga i-Learn berkumpul di sana. Seterusnya kami memulakan perjalanan kami ke Sejangkang. Rumah kedua yang ditujui ialah rumah Puan Sapura. Kebetulan beliau baru habis berpantang, jadi kami menziarahinya dan beraya sekali. Oleh kerana hari yang dipilih untuk beraya hari jumaat maka kami bersolat jumaat di Sejangkang sahaja. Di rumah Puan Sapura kami dijamukan dengan dua jenis mee iaitu mee kari dan mee hailam. Ditambah pula dengan nasi impit dan rendang ayam. Amat menyelerakan malah bertambah kami makan. Setelah selesai solat jumaat, kami bersiap-siap untuk ke rumah seterusnya iaitu rumah Jijal. Rumah Jijal dan rumah Puan Sapura tidaklah berapa jauh. Rumah mereka dijarakkan dengan lorong sebelah menyebelah sahaja. Maka tidaklah jauh untuk kami ke umah Jijal.

Sesampai kami di rumah Jijal, kami disambut oleh keluarganya. Mereka sudah pun menyediakan juadah untuk kami. Antara menu utama yang disediakan oleh keluarga Jijal adalah mee jawa dan pecal. Sungguh menyelerakan makanan yang dihidangkan. Ini antara gambar yang sempat dirakamkan di rumah Jijal.

Seterusnya kami menyusul pula ke rumah yang terakhir iaitu rumah Jali. Rumah jali terletak di Batu Belah, Klang. Jadi kami terpaksa patah balik ke Klang dan memasuki jalan menuju ke Batu Belah. Keadaan kereta di jalan raya semakin padat. Mungkin ramai yang menghadiri rumah terbuka seperti kami. Alhamdulilah, dalam pukul 4 petang lebih kami tiba di rumah Jali. Cuaca pada masa itu hujan renyai-renyai dan sedikit demi sedikit semakin lebat. Namun semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk beraya bersama sahabat handal. Di rumah Jali menu utama adalah nasi ayam dan bihun sup. Memang membuka selera kami sekali lagi untuk menikmatinya. Ini antara gambar yang sempat di rakamkan.

Syukur alhamdulilah akhirnya perancangan yang di bincangkan di saat-saat akhir menjadi nyata dan masing-masing tidak menghampakan malah memberikan komitmen yang baik antara satu sama lain. Semoga ukhwah seperti ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kami semua..insyallah,AMIN.

Khamis, 25 Ogos 2011

Salam Syawal untuk semua

Assalamualaikum semua..

Alhamdulilah, syukur kita dapat bertemu lagi. Sekarang kita sudah pun masuk hari yang ke 26 Ramadan. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan masuk ke bulan September bersamaan bulan syawal. Mesti ramai yang tidak sabar untuk menanti bulan kemenangan ini terutama anak-anak kecil. Ibu bapa juga turut sibuk menyediakan kelengkapan bagi memeriahkan hari raya tahun ini. Tidak lupa juga warga kampung yang sekarang ni sedang giat mencari buluh untuk di buat lemang dan daun kelapa muda untuk mengayam ketupat. Pasti meriah dengan adanya pelita dan panjut serta bunga api yang berwarna warni.

Tak sabar rasanya untuk pulang ke kampung saya di Kuala Kangsar. Rindunya masakan bonda terutama ikan perciknya. Amat sedap sekali bila dimakan beramai-ramai. Rindu juga pada anak sedara yang nakal, Lokman dan Amina. Mungkin sudah besar mereka berdua dan bertambah comel. Namun terasa sedih juga kerana salah seorang dari adik saya tidak dapat beraya bersama kerana kekangan kerja di perbatasan. Harap bonda dan ayahanda tidak sedih kerana ketiadaan wan pada raya tahun ini. Malam tujuh likur nanti mesti kami sekeluarga sibuk memasang pelita di sekeliling rumah, lampu kelip-kelip dan lain-lain. Semoga syawal kali ini memberi seribu kemanisan pada kami semua dan keberkatan. Amin...

Di sini, saya dan keluarga tercinta ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat. Bersederhanalah kita dalam menyambut syawal ini.



Ahad, 31 Julai 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulilah, kita telah pun masuk ke dalam bulan yang penuh keberkatan dan keampunan iaitu Ramadhan. 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H untuk permulaan bulan Ogos dan Ramadhan kita berpuasa. Semoga dengan Ramadhan kali ini dapat kita sama-sama memperbanyakkan amalan kita. Bertadarus, qiamualai, bersedekah dan lain-lain. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam yang mengambutnya. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini kita dapat beramal dan membuat kebajikan dengannya..Insyallah

Sabtu, 30 Julai 2011

Sebelum Ramadhan..

Assalamualaikum..

Malam ini insyallah, umat islam akan menunaikan ibadah sunat di bulan Ramadhan iaitu solat Tarawih. Insyallah, dalam bulan ramadhan ini saya mendoakan semoga saya diberikan kesihatan yang baik dan tubuh yang sihat untuk menjalani ibadah berpuasa ini..AMIN..
Sebelum itu, dua hari yang tinggal ini saya telah pergi jalan-jalan cari makan. Semuanya kebetulan, tp alhamdulilah dapat mencuba makanan yang digemari sebelum tiba bulan puasa. Sabtu semalam, lepas mengajar kanak-kanak mewarna dan melukis saya telah pergi ke Giant untuk baiki seluar. Kebetulan, selepas makan tomyam di Secret Resepi saya terjumpa askrim yogurt. Nampak mcm sedap tp bukan fruti tutti tetapi kiwi berry. Francias dari italy kata penjual tersebut. Untuk pertama kali merasa memang sedap, seakan-akan minuman yougrt bliss. Jadi saya ambil dua perisa askrim iaitu mangga dan rasberry. Sedap kan gambar dibawah ni..


Ahad pulak makan nasi kandar kat Batu 3. Bolehlah sebab tak berapa minat makan nasi kandar/mamak. So inilah lauk yang saya ambik dengan kawan. Nampak sedap tapi cuba baru tahu sedap ke tidak.


Inilah bingkisan cerita untuk dua hari sebelum puasa. Esok lusa kita bercerita lagi semasa berpuasa dan menjalani ibadahnya. Ahlan Ya Ramadhan...!

Khamis, 28 Julai 2011

Tiada rezeki kita...

Assalamualaikum..

Akhirnya Harimau Malaya seri dengan Singapura. Tapi saya bangga dengan kekuatan dan keyakinan pemain-pemain kita. Walaupun tidak dapat melayakkan diri dalam perlawanan Piala Dunia 2014, namun semangat berjuang yang kental di antara pemain harus dipuji. Syabas wira Malaya, walaupun seri namun semangat itu tidak luntur. Cuma banyak babak dramatik yang dipamerkan oleh pasukan lawan. Babak-babak yang melambatkan masa dan melunturkan semangat pemain-pemain Malaysia. Tapi saya bangga dengan penjaga gol Malaysia, "apek". Betul-betul hebat walaupun lawan di depan mata. Alhamdulilah, bola dapat diselamatkan. Itulah babak yang paling mencemaskan disaksikan semalam. Syabar buat Safie Sali kerana rembatan yang kencang menggegarkan gawang gol pihak lawan. Mungkin tiada rezeki kita lagi namun kita boleh berjaya sekiranya strategi dan pengawasan bola oleh pemain-pemain kita diperkemaskan lagi. Kepada penyokong-pengokong setia harimau malaya teruskan menyokong. Majulah sukan untuk negara...jane